Buktikan Sarawak Report benar tapi polis tidak jamin selamat

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 14 Jun 2017 07:01:28

Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Clare Rewcastle-Brown mendedahkan maklumatnya kepada polis untuk membantu siasatan. — Foto Bernama Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Clare Rewcastle-Brown mendedahkan maklumatnya kepada polis untuk membantu siasatan. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 14 Jun — Polis menggesa editor Sarawak Report mengemukakan bukti mengenai pelbagai dakwaannya bagi membantu siasatan.

Namun keselamatan Clare Rewcastle-Brown — yang berpangkalan di London — sewaktu berada di negara ini sukar dijamin, kata ketua polis negara.

“Saya tidak [janji]. Saya tidak [berani] menjamin keselamatannya,” kata Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada wartawan hari ini.

“Apabila anda menuduh itu dan ini pada orang, samalah seperti memukul seseorang dan menyorok tangan di belakang.

“Jika anda betul-betul ikhlas, tampil [di Malaysia] dan buktikan segala tuduhan.”

Khalid berkata sekurang-kurangnya 40 aduan polis dibuat terhadap Sarawak Report berhubung penerbitan satu artikel baru-baru ini.

Polis sedar dakwaan yang dibuat tetapi ia masih dianggap dengar cakap kecuali wanita itu tampil mendedahkan maklumat kepada polis.

Beliau juga mendakwa Rewcastle-Brown hanya berniat memburuk-burukkan namanya dan pasukan polis.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts