by Oh! Semput
Cakap-cakap politikus kali menjurus kepada potensi parti BERSATU atau PPBM dalam PRU ke 14 nanti. Adakah aura Mahathir masih lagi kuat seperti dahulu? Bagaimana pula dengan persepsi rakyat terhadap gabungan Mahathir-Anwar? Rakan-rakan penganalisis memberikan komentar seimbang dalam hal ini.
Seorang pensyarah UM yang tidak mahu disebut namanya meramalkan PPBM tidak akan memenangi walaupun satu kerusi pada PRU 14. Satu pandangan yang berat sebelah mungkin? Tetapi, jika dilihat secara realistiknya, sememangnya peluang PPBM sangat tipis kerana hayat parti itu yang masih mentah.
PPBM, sebagai serpihan Umno, tidak mempunyai dinamisme seperti parti Semangat 46, parti yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Semangat 46 berjaya menyebabkan perpecahan dalam Umno, sehingga membawa kepada perletakan jawatan beberapa menteri untuk menyertai “revolusi” Ku Li.
PPBM tidak akan mendapat sokongan yang sama daripada pemimpin dalam Umno, walaupun diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
UMNO tidak akan berpecah kerana kejayaan “firm grip” Najib ke atas “warlord” dalam UMNO.
Malah, prestasi Barisan Nasional juga dijangka akan menjadi lebih baik daripada PRU 13 ika pilihan raya umum ke-14 telah diadakan dalam tempoh 10 bulan akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pada Jumaat bahawa BN telah “mengasah pedang” dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
BN, tidak seperti Pakatan Harapan, yang masih lewat dalam membuat keputusan penting
Rakyat mahukan pilihan alternatif selain daripada BN. Dan pilihan itu adalah Pakatan Harapan. Namun, PH lagi masih gagal dalam membuat keputusan “decisive” walaupun PPBM sudah menyertai mereka.
Sentimen rakyat pada masa ini masih lagi majoritinya adalah “swing voters”. Penempatan Felda yang dahulunya kritis terhadap kerajaan kini berpuas hati dengan Umno kerana harga minyak sawit dijangka meningkat. Undi daripada peneroka Felda adalah penting di 60 parlimen dan hampir 100 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Apabila pengundi Melayu luar bandar berpuas hati dengan kerajaan, mereka akan memberikan sokongan, dan ia boleh berubah jika mereka tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan.
Bagaimana pula dengan pengundi Cina? dalaman dari PKR meramalkan pengundi Cina akan mengundi BN kerana kelembapan ekonomi menyebabkan ramai daripada mereka memilih kestabilan daripada perpecahan. Beliau juga melihat faktor PPBM tidak banyak membantu untuk meraih undi Cina kepada PH.
“Apabila ekonomi baik, orang Cina memilih pembangkang, tetapi apabila ekonomi tidak baik, mereka memilih kestabilan,”
Beliau berkata, faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya akan membantu kemenangan BN. Walaupun pengundi bandar secara amnya akan terus menyokong pembangkang, undi mereka akan berpecah jika persempadanan semula sempadan pilihan raya telah diluluskan. Malah, ia ditambah lagi dengan hubungan “UMNO – PAS” yang sangat baik akan membawa kepada pertandingan tiga penjuru.
Politikus hanya tahu cakap-cakap sahaja. Tapi, ia tidak bermakna cakap-cakap ini tidak realistik. PRU 14 tidak lagi jauh dari bayangan. Apa yang pasti, sesiapa sahaja berpeluang untuk menang.
“Election is not very when far off, when a candidate can reconize you across the street”.