Cakap-Cakap Politikus : Kisah Rafizi dan Adam Rosly

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 13 Apr 2017 14:00:36

Cakap-cakap
Image via Berita Daily

Hari ini cakap-cakap politikus penuh dengan drama. Sangat menarik. Bermula dengan pendedahan Rafizi, orang kanan PKR dan diakhiri dengan penahanan anak muda masa depan PKR.

Rafizi akhirnya bogelkan nama bekas pemimpin PAS

Rafizi menamakan Datuk Nasharudin Mat Isa sebagai penerima wang 1MDB dari SRC International. SPRM telah menyoal siasat seorang peguam dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut. Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin.

Bukti yang Rafizi ada masih belum dapat dibuktikan secara jelas lagi. Beliau sememangnya dikenali sebagai “kaki dedah” dalam isu yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ramai yang kagum cara politik beliau. Tapi, biarlah ia neutral. Jangan hanya menuding ke arah seteru  tapi lupa dengan rumah sendiri. Diharap Rafizi dapat memberikan komen secara “Facebook Live” berkenaan isu penahanan jutawan muda mereka, Adam Rosly.

PAS kata dakwaan Rafizi tiada kena mengena dengan mereka

Datuk Takiyuddin Hassan menemplak Rafizi dalam pendedahan terbarunya, dan menyatakan Ustaz Nasha bukan lagi ahli PAS. Malah, beliau juga tidak tahu menahu mengenai hal ini.

Cakap-cakap politikus hari ini melihat PAS tidak akan sesekali memutuskan hubungan dengan UMNO walaupun isu 1MDB ini akan menjejaskan imej parti tersebut. Isu penyatuan Melayu dan Islam itu lebih utama demi PRU yang akan datang.

Penahanan Adam Rosly oleh SPRM

Petang tadi, Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan di atas kesalahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Adam dalam usia begitu muda telah mendapat gelaran “Datuk” dikatakan mampu memiliki sebuah banglo mewah di Ampang sedangkan sebelum terlibat dalam kancah politik pernah menetap di kawasan setinggan Kampung Pinggir Lembah Jaya. Siasatan ke atas Adam masih lagi berterusan dan SPRM akan cuba mendapatkan tahanan reman ke atasnya esok.

Isu penahanan Adam tidak sehangat pendedahan Rafizi pada pagi tadi. Adam hanya anak muda yang masih mentah dalam “kolam” politik”, dengan hanya terjun berbekalkan pelampung angin. Malangnya, beliau masih muda dan diuji cabaran sebesar ini. Apa apapun, yang paling kesian adalah rakyat Ampang sendiri.

Cerita hari ini jelas membuktikan politikus-politikus hanya tahu memanipulasi wayang mengikut rentak semasa. Baik BN, serpihannya PKR dan juga PAS sendiri. Tidak lupa DAP yang masih dibayangi kes banglo Lim Guan Eng. Rakyat kena lihat semua ini. Nilai dengan mata dan hati terbuka. Yang penting, jangan sokong membabi buta.

“Sedih. Masalah rasuah adalah satu racun yang masih tiada ubatnya.”

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts