Cepat Mohon, Dapat Elaun RM3,000 Sebulan Apabila Berjaya Ikuti Salah Satu Daripada 4 Program TVET Ini

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 30 Jul 2026 07:30:20

Adakah anda seorang graduan Ijazah Sarjana Muda yang mahukan cabaran dan mahu berada di barisan hadapan teknologi negara?

Inilah masa terbaik untuk anda melangkah jauh ke hadapan.

Majlis TVET Negara kini membuka peluang keemasan menerusi Program TVET Frontier Fellowship, iaitu sebuah inisiatif eksklusif yang direka khas untuk mentransformasikan graduan tempatan menjadi tenaga pakar industri masa hadapan.

Sepanjang kursus yang berjalan selama 12 bulan ini, anda tidak sekadar belajar teori, tetapi akan ditempatkan terus di institut penyelidikan Kerajaan.

Anda akan berpeluang menimba pengalaman mengendalikan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi sebenar dengan dibimbing secara terus oleh penyelidik berpengalaman dan pakar industri terkemuka.

Bukan itu sahaja, anda bakal menikmati pelbagai manfaat hebat sepanjang program termasuklah

  • Elaun Bulanan RM3,000 sebulan
  • Pengalaman Nilai Tinggi: Penempatan 12 bulan di institut penyelidikan Kerajaan
  • Teknologi Canggih: Pendedahan terus kepada ekosistem inovasi dan teknologi strategik negara
  • Bimbingan Pakar: Mentorship secara langsung daripada penyelidik berkaliber

Bidang TVET Frontier Yang Ditawarkan

Inisiatif ini menumpukan kepada bidang-bidang teras dan strategik yang menjadi pemacu utama ekonomi masa depan iaitu:

  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  • Kriptologi (Cryptology)
  • Peralihan Tenaga (Energy Transition)
  • Peralihan Hijau (Green Transition)

Syarat Kelayakan

Jadi, jika anda merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teknologi, sains atau kejuruteraan, anda layak untuk mengikuti Program TVET Frontier Fellowship ini.

Mohon Sekarang

Jadi, rebutlah peluang berharga ini dan jadilah sebahagian daripada kumpulan perintis TVET Frontier Fellowship.

Inilah platform terbaik untuk anda mengasah kompetensi, membina rangkaian profesional, dan menyumbang secara langsung kepada pembangunan teknologi negara.

Cuma anda kena cepat kerana tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2026 (Jumaat) ini.

Permohonan boleh dibuat dengan mudah terus secara atas talian dengan layari https://shorturl.at/Jz9kO atau imbas kod QR pada poster rasmi di bawah.

{suggest}

Cepat Mohon, Dapat Elaun RM3,000 Sebulan Apabila Berjaya Ikuti Salah Satu Daripada 4 Program TVET Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts