by Oh! Semput
Adakah anda seorang graduan Ijazah Sarjana Muda yang mahukan cabaran dan mahu berada di barisan hadapan teknologi negara?
Inilah masa terbaik untuk anda melangkah jauh ke hadapan.
Majlis TVET Negara kini membuka peluang keemasan menerusi Program TVET Frontier Fellowship, iaitu sebuah inisiatif eksklusif yang direka khas untuk mentransformasikan graduan tempatan menjadi tenaga pakar industri masa hadapan.
Sepanjang kursus yang berjalan selama 12 bulan ini, anda tidak sekadar belajar teori, tetapi akan ditempatkan terus di institut penyelidikan Kerajaan.
Anda akan berpeluang menimba pengalaman mengendalikan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi sebenar dengan dibimbing secara terus oleh penyelidik berpengalaman dan pakar industri terkemuka.
Bukan itu sahaja, anda bakal menikmati pelbagai manfaat hebat sepanjang program termasuklah
Inisiatif ini menumpukan kepada bidang-bidang teras dan strategik yang menjadi pemacu utama ekonomi masa depan iaitu:
Jadi, jika anda merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teknologi, sains atau kejuruteraan, anda layak untuk mengikuti Program TVET Frontier Fellowship ini.
Jadi, rebutlah peluang berharga ini dan jadilah sebahagian daripada kumpulan perintis TVET Frontier Fellowship.
Inilah platform terbaik untuk anda mengasah kompetensi, membina rangkaian profesional, dan menyumbang secara langsung kepada pembangunan teknologi negara.
Cuma anda kena cepat kerana tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2026 (Jumaat) ini.
Permohonan boleh dibuat dengan mudah terus secara atas talian dengan layari https://shorturl.at/Jz9kO atau imbas kod QR pada poster rasmi di bawah.

{suggest}
Cepat Mohon, Dapat Elaun RM3,000 Sebulan Apabila Berjaya Ikuti Salah Satu Daripada 4 Program TVET Ini WISER.MY.