by Oh! Semput
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya.
Memetik laporan daripada Bernama, peguam Datuk SN Nair, menyatakan bahawa kenyataan tersebut didakwa dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lalu sebelum diterbitkan semula menerusi media sosial.
Peguam Anwar memaklunkan, notis tuntutan itu mengandungi beberapa syarat termasuk permohonan maaf secara terbuka serta penarikan balik kenyataan yang dipertikaikan.
“Surat tuntutan itu antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat.
“Selain itu, Tuan Ibrahim juga perlu membuat aku janji agar tidak mengulangi dakwaan tersebut selain membayar ganti rugi dan kos guaman,” kata peguam itu menerusi kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Tuan Ibrahim diberi tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas terhadap notis berkenaan.
Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan dimulakan tanpa sebarang notis lanjut.
Perkembangan itu dimaklumkan menerusi kenyataan peguam Anwar pada Khamis, susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dikeluarkan terhadap Perdana Menteri.
: Bernama
PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.