Siri Pencetak Epson EcoTank Terbaru Dilancarkan Untuk Rumah, Pejabat Dan Industri

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 30 Jul 2026 10:34:03

Dunia kini dapat dilihat sudah mula bergantung kepada output digita hampir sepenuhnya, khususnya apabila ia dilihat bahawa semua orang kini mempunyai peranti pintar, komputer riba, komputer desktop dan juga tablet, tetapi tahukah anda untuk banyak syarikat-syarikat bersaiz sederhana kecil dan juga korporat, dokumen kertas masih lagi mempunyai kepentingan mereka sendiri?

Oleh kerana ini, orang ramai masih lagi mencari mesin pencetak yang bukan sahaja hadir dengan kebolehan mencetak dokumen yang banyak, tetapi juga tahan lasak dan cekap dalam penggunaan dakwat untuk mencetak dokumen dan juga gambar-gambar yang dimahukan.

Menurut laporan IDC terbaru berkenaan industri pencetakan (Hardcopy Peripherals Market Insights), mereka telah memperlihatkan satu trend menarik dimana permintaan untuk mesin pencetak yang menggunakan tangki dakwat (ink tank) telah memperlihatkan peningkatan di pasaran Asia Pasifik, khususnya Asia Tenggara yang juga memperlihatkan penurunan untuk mesin pencetak laser dan katrij dakwat bergantung kepada pasaran.

Untuk pasaran Malaysia, laporan tersebut memperlihatkan bahawa permintaan industri dan pengguna untuk mesin pencetak tangki dakwat kini sudah setaraf permintaan untuk pencetak katrij dakwat dimana kedua-duanya pada tahap 38 peratus.

Oleh kerana ini, Epson, jenama teknologi pencetakan dan visual terkemua dari Jepun telah memperkenalkan beberapa buah mesin pencetak tangki dakwat terbaru yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dan industri yang memerlukan solusi pencetakan yang cekap dan terbaik.

Mesin-mesin pencetak ini termasuklah Epson EcoTank L5390, Epson EcoTank L1310, Epson EcoTank L3310, dan Epson EcoTank L3350.

Bermula dengan Epson EcoTank L5390, mesin pencetak ini hadir dengan fungsi 4-dalam-1, termasuklah pencetakan, imbasan, salinan dan faks. Mesin pencetak ini sesuai digunakan di pejabat dengan sambungan internet WiFi ataupun sambungan WiFi Direct, yang mana pekerja syarikat boleh mencetak dokumen yang diperlukan secara nirwayar menggunakan aplikasi Epson Connect.

Dari segi prestasi pula, mesin pencetak ini tampil dengan kapasiti simpanan kertas sebanyak 7500 keping kertas A4 dengan kemampuan pencetakan 11ipm untuk cetakan hitam-putih dan 6ipm untuk cetakan berwarna.

Epson EcoTank L3350 pula hadir dengan kemampuan yang sama seperti Epson EcoTank L5390, tetapi tanpa kemampuan faks, sesuai untuk mereka yang memerlukan sebuah mesin pencetak berkualiti tinggi tetapi tidak memerlukan fungsi faks terbina.

Epson EcoTank L3310 juga mempunyai semua ciri-ciri sama seperti pencetak Epson EcoTank L3350 juga, termasuklah fungsi pencetakan, imbasan dan salinan, tetapi tanpa kemampuan sambungan nirwayar WiFi ataupun WiFi Direct yang diperlihatkan pada model-model diatas.

Jika anda mahukan sebuah mesin pencetak asas dengan satu fungsi tersebut sahaja, Epson EcoTank L1310 adalah pilihan paling sesuai untuk anda. Mesin pencetak ini memperlihatkan kemampuan pencetakan dokumen hitam-putih sepantas 11ipm dan pencetakan warna 6ipm.

Kesemua mesin-mesin pencetak ini menggunakan dakwat Epson 003 dalam format warna CMYK dan pihak Epson Malaysia juga mengesahkan bahawa kesemua mesin-mesin pencetak ini akan hadir dengan waranti produk selama lima tahun.

Tanda harga mesin-mesin pencetak ini akan diperlihatkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts