China Sudah Buka Lebih 40 “Sekolah” Robot Humanoid

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 17 Mar 2026 07:30:19

China kini menubuhkan lebih 40 pusat pendidikan robot, dengan 24 daripadanya sudah pun mula beroperasi.

Tujuan “sekolah-sekolah” robot ini diwujudkan adalah bagi para pekerja yang terdiri daripada manusia melatih robot humanoid secara langsung melalui tugasan praktikal seperti membawa dulang, melipat pakaian, membersihkan meja dan memasang komponen.

Pendekatan ini menghasilkan berjuta-juta data unik setiap tahun, penting untuk meningkatkan kecekapan robot kerana data sebegini tidak tersedia di internet.

Pekerja dilihat menyediakan latihan tentang tugas mudah kepada robot humanoid di pusat pendidikan robot di Daerah Shijingshan, Beijing, China. /Ihsan laman web Kerajaan Perbandaran Beijing.

Fokus utama adalah menyediakan robot untuk sektor industri yang bergantung pada kerja berulang, khususnya logistik dan automotif.

Program ini turut mendapat sokongan kerajaan negara itu, sekali gus melonjakkan pendapatan syarikat seperti Ubtech Robotics.

Di peringkat global, usaha sama turut dilakukan oleh syarikat seperti Agility Robotics yang membekalkan robot humanoid kepada Amazon dan Toyota.

Negara seperti Korea, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat juga menghadapi kekurangan tenaga kerja dalam bidang berulang, menjadikan humanoid sebagai penyelesaian masa depan.

{suggest}

China Sudah Buka Lebih 40 “Sekolah” Robot Humanoid WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts