by Oh! Semput
Ibarat kembali kezaman silam, medium penyimpanan pita magnetik hadir dan kali ini ia dicipta dari dua gergasi teknologi, Sony dan IBM.
Kerjasama yang terjalin antara dua syarikat itu melihatkan perkongsian teknologi dan berjaya menghasilkan katrij pita magnetik bersaiz tapak tangan dengan kapasiti storan 330TB. Ia sesuatu yang membanggakan kerana katrij sebelum ini hanya berkapasiti maksimum 15TB, peningkatan lebih daripada 20 kali ganda.

Storan itu dihasilkan daripada beberapa lapisan zarah nano untuk menjadikannya panjang, dan Sony menjelaskan pita magnetik itu mampu menyimpan 201 GB untuk setiap inci persegi.

Dalam projek ini, syarikat itu membahagikan skop kerja kepada dua, iaitu…
: Sony