“Yang Comolot Tu Tayah Kot” – Foto Mesra Sakinah Bersama Suami Undang Kecaman Ramai

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 28 May 2026 13:32:50

Nama pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik foto romantik bersama suaminya, Cyril Kongo di media sosial.

Perkongsian tersebut mengundang kecaman ramai apabila foto itu memaparkan mereka bercium mulut dan berpelukan mesra ketika berada di London.

Advertisement

Lebih mencuri perhatian, foto berkenaan dimuat naik ketika Hari Arafah, sekali gus membuatkan segelintir netizen berasa kurang senang.

cyril congo sharifah sakinah

Ruangan komen kemudian dibanjiri pelbagai reaksi, dengan ramai berpendapat perkongsian tersebut kurang sesuai dipaparkan secara terbuka, terutama melibatkan pasangan Melayu Islam pada hari yang dianggap mulia buat umat Islam.

Selain foto itu, kapsyen ringkas yang ditulis Sakinah turut menjadi bualan kerana dilihat menggambarkan kebahagiaan dan kehidupan yang sedang dilaluinya.

Dalam masa sama, ada juga netizen mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan setiap individu berhak berkongsi kehidupan masing-masing di media sosial.

Namun, sebahagian netizen tetap berpendapat momen sebegitu tidak perlu ditunjukkan kepada umum.

Untuk rekod, Sharifah Sakinah mendirikan rumah tangga bersama Cyril Kongo pada tahun 2025. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada 2015 sebelum berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, yang kini berusia lapan tahun.

Sakinah juga pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Sweden dikenali sebagai Michael Hansen pada 2021 sebelum bercerai dua tahun selepas itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

norreen iman
2026-05-21 12:29:14

Norreen Iman Dan Suami, Razzi Razak Sah Bercerai Talak Satu

“Yang Comolot Tu Tayah Kot” – Foto Mesra Sakinah Bersama Suami Undang Kecaman Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts