by Oh! Semput
CUKTECH memperkenalkan tiga produk baharu di Malaysia iaitu CP Turbo Fan Plus, 6 Ultra Charger dan 10 Ultra Charger, yang memfokuskan kepada penyejukan mudah alih serta pengecasan pantas untuk kegunaan harian.
CP Turbo Fan Plus menggunakan motor tanpa berus tiga fasa dengan kelajuan sehingga 30,000rpm dan mampu menghasilkan aliran udara sehingga 11 meter sesaat. Ia turut menawarkan tiga tahap kelajuan serta mod BOOST untuk penyejukan lebih pantas.

Kipas ini dilengkapi modul bateri boleh tanggal berkapasiti 10,000mAh, yang menawarkan masa operasi sehingga 37 jam bergantung pada penggunaan. Modul sama juga boleh digunakan sebagai bank kuasa, dengan sokongan output USB-C sehingga 33W.

Bagi pengecasan, CUKTECH 6 Ultra Charger menawarkan output sehingga 100W menerusi dua port USB-C dan satu USB-A. Ia menggunakan teknologi GaN dan dilengkapi paparan 0.96 inci bagi memaparkan maklumat seperti kuasa, voltan dan arus secara masa nyata.

Sementara itu, CUKTECH 10 Ultra Charger menawarkan output keseluruhan sehingga 120W dengan tiga port USB-C dan satu USB-A. Ia turut hadir dengan paparan TFT 1.57 inci, sambungan Bluetooth serta sokongan aplikasi Mi Home untuk pemantauan pengecasan.
Dari segi harga, CP Turbo Fan Plus ditawarkan pada RM199, manakala 6 Ultra Charger dan 10 Ultra Charger masing-masing berharga RM149 dan RM189. Harga pelancaran istimewa pula masing-masing ialah RM193, RM145 dan RM183 untuk tempoh sebulan.
{suggest}
CUKTECH Lancar Kipas Turbo Dan Pengecas Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM149 WISER.MY.