by Oh! Semput
Kumpulan automotif terkemuka negara, Cycle & Carriage, secara rasmi telah memulakan operasi pengedaran bagi jenama kenderaan elektrik (EV) global, Leapmotor, di pasaran Malaysia.
Langkah strategik ini merupakan kesinambungan kepada hubungan kerjasama Cycle & Carriage bersama pihak Stellantis Malaysia yang telah terjalin sejak tahun 2024 lalu.
Peluasan peranan ini dilakukan selari dengan fasa pertumbuhan pesat pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan yang didorong oleh peningkatan kadar penerimaan pengguna serta penambahbaikan infrastruktur pengecasan domestik.
Menerusi pengurusan operasi pengedaran ini, Cycle & Carriage bertanggungjawab mengetuai rangkaian pengedar sah Leapmotor di Malaysia bagi memperkukuh standard jualan runcit, memperluas penawaran pasaran, serta meningkatkan keupayaan perkhidmatan selepas jualan di peringkat nasional.

Sehingga kini, ekosistem rangkaian Leapmotor di Malaysia telah berkembang kepada 12 pusat jualan dan 6 pusat servis beroperasi.
Ini termasuklah pembukaan cawangan di George Town (Penang), Pavilion Bukit Jalil, Paradigm Mall (Johor Bahru), serta pusat 3S utama (flagship) Leapmotor yang terletak di Glenmarie, Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Adrian Short, menyatakan bahawa melalui jenama Leapmotor, syarikat melihat potensi besar untuk membawakan proposisi EV premium berdaya nilai tinggi yang lebih mudah diakses oleh segenap lapisan pelanggan di Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, menzahirkan keyakinan bahawa berandalkan pengalaman automotif yang utuh serta pendekatan berorientasikan pelanggan, Cycle & Carriage berada pada kedudukan terbaik untuk memacu fasa pertumbuhan Leapmotor yang seterusnya di pasaran tempatan.
{suggest}
Cycle & Carriage Rasmi Terajui Operasi Pengedaran Leapmotor Di Malaysia, Perluas Rangkaian Jualan EV WISER.MY.