Anak Dakwa Dah Bertahun Tak Jumpa Aman Graseka, Dakwa Isteri Baru ‘Kerah’ Untuk Bekerja – “Ingat Allah Sikit!”

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 06:32:30

Anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah mendedahkan sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan bapanya, pelakon Aman Graseka.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Dayini bagaimanapun berkata dia masih menerima perkembangan terkini mengenai keadaan bapanya daripada individu yang prihatin, termasuk tentang tahap kesihatan pelakon berkenaan yang didakwa semakin merosot.

Advertisement

“Ya memang betul, bertahun lama tak jumpa papa saya. Tapi alhamdulillah setiap tahun ada hamba Allah banyak menyampaikan info atau maklumat terkini.

“Dari situ saya tahu keadaan papa saya. Tapi makin lama makin teruk ya kejadiannya sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Dayini turut mendakwa terdapat individu tertentu yang masih memaksa bapanya untuk bekerja walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak sihat.

“Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah papa saya dah sakit teruk tapi masih dipaksa bekerja? Tuan badan ingatlah Allah. Derhaka pada suami jatuhnya berdosa besar,” katanya lagi.

Untuk rekod, Dayini merupakan anak hasil perkahwinan antara Mas Idayu dan Aman Graseka sebelum pasangan itu bercerai pada tahun 1997.

Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Nurul Amrina pada tahun 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kaka Azraff
2026-06-05 12:50:46

Kaka Azraff Dan Suami Bercerai Kali Kedua Selepas Lebih Setahun Rujuk

Anak Dakwa Dah Bertahun Tak Jumpa Aman Graseka, Dakwa Isteri Baru ‘Kerah’ Untuk Bekerja – “Ingat Allah Sikit!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts