by Oh! Semput
Pelakon, Nora Danish, 35, mengharapkan perkahwinan keduanya bersama kekasih, Nedim Nazri, akan berkekalan sampai ke syurga.
Aktres terbabit yang sebelum ini sering berteka-teki mengenai tarikh perkahwinannya itu, turut berkata majlis bertemakan tradisional berkenaan diadakan secara tertutup dan secara sederhana.
Pelakon dan usahawan terbabit akan melangsungkan pernikahannya dengan Nedim pada 30 Mac ini.
Berita itu terbongkar apabila undangan ke majlis berkenaan mula tersebar di alam maya. “Seperti saya katakan sebelum ini, ia akan berlangsung dengan penuh sederhana dan ringkas.
“Doakan yang baik untuk saya, ya,” ujarnya ringkas ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, hari ini.
Sebelum ini, Nora pernah menyatakan mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada tahun ini juga, namun tidak menyatakan tarikh sebenar majlis bakal diadakan.
“Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti.
“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Saya sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin.
Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata bintang Mak Cun itu.
Kata Nora lagi, beliau sedar ramai yang menantikan berita baik itu keluar daripada mulutnya. “Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada.
Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” katanya. Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan mereka berpisah sekitar dua tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Putra Rayqal Ramli, 8 tahun. Nedim pula seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.
Baca lagi: Nora Danish Akui Bakal Kahwin Tahun Ini