by Oh! Semput
Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida tampil membalas kenyataan pengarah dan pelakon Ahmad Idham yang mendakwa premis perniagaannya menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.
Menerusi hantaran di platform Threads, Shahida meluahkan rasa kesal apabila kawasan wisma miliknya dilabel sebagai tidak bertamadun, sedangkan dia dan suaminya, usahawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri sudah lama menjalankan perniagaan di lokasi berkenaan.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu hantaran di aplikasi Threads miliknya yang kemudian menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Dalam masa sama, Shahida menjelaskan kawasan berkenaan sebenarnya merupakan pusat perniagaan dan bukannya lokasi sesuai untuk pembinaan sekolah.
Terdahulu, Ahmad Idham menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila kawasan sekitar wisma milik Shahida dan Aliff menjadi tumpuan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Walaupun tidak menyebut secara langsung nama perniagaan, salah satu premis di kawasan tersebut dipercayai milik Shahida.
Dalam satu komen balas, Ahmad Idham turut berpendapat kawasan itu tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang boleh menarik kehadiran ramai pembeli.

Artikel lain: Bantu kambus kubur mendap, Shahida dipuji netizen pandai didik anak – “Contoh keluarga seimbang dunia, akhirat”
Susulan daripada luahan dibuat Shahida, Ahmad Idham telah tampil mempertahankan kenyataan dibuat dengan hantaran dilakukan adalah teguran buat sikap pemilik kenderaan.
Beliau juga menjelaskan tiada menyebut perihal bangunan ataupun perniagaan dan meminta agar memahami konteks asal perkongsian yang dibuat sebelum ini.

: Threads shahidadherb, ahmad_idham