David Beckham Hanya Berseluar Dalam Lakukan Push-Up Di Atas Piano

by Oh! Semput


8
SHARES
105
VIEWS
Posted on 27 Sep 2016 09:01:48

1

Gambar : Instagram David Beckham

Mungkin dua tahun lalu kita lihat David Beckham melakukan Ice Bucket Challenge tapi kali ini, David Beckham menerima cabaran 22 kali push-up setiap hari selama 22 hari berturut-turut. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang 22 kakitangan perkhidmatan yang mati bunuh diri setiap hari kesan tekanan perasaan selepas pulang dari berkhidmat.

 

Bagi bekas pemain bola sepak dunia ini, ia adalah satu kempen kesedaran yang penting baginya. Pada hari pertama cabaran yang diterima oleh Beckham selepas dinominasi oleh pengarah filem, Guy Ritchie (bekas suami Madonna), suami kepada Victoria Beckham ini telah merakam dirinya melakukan 22 push-up di dalam penerbangan pada ketinggian 44,000 kaki.

Pada hari kedua, David telah melakukan cabaran 22 push-up di atas sebuah piano. Yang paling mengujakan lagi, menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, David membuat senaman itu dalam keadaan topless dan hanya mengenakan boxer dengan mood sedikit romantis.

Menerusi video pada hari ketiga, David turut menyatakan yang dia tidak akan memuat naik setiap video push-up tersebut setiap hari, namun dia akan menunjukkan bukti yang mana dia meneruskan kempen kesedaran itu.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts