Debat Nazri – Tun Mahathir Diluluskan Polis, Tarikh 7 April 2017

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 31 Mar 2017 13:00:48

Debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah akan berlangsung pada 7 April ini menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub .

Berdasarkan tweet yang dikemaskini beliau menyatakan “Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on,” katanya menerusi Twitter.”

Hussamuddin turut memuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun Twitter.

sinar

PDRM telah mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam. Penganjur perlu memastikan peserta himpunan tidak bertindak di luar kawalan dan debat tersebut tidak mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian memetik Hussamuddin sebagai berkata, majlis berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja.

“Hanya 300 penonton sahaja akan hadir di mana 100 jemputan daripada pihak Tun Mahathir, 100 daripada pihak Mohamed Nazri dan 100 lagi daripada kami sebagai penganjur.

“Penonton yang dijemput akan dimaklumkan mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi.

Hussamuddin berkata, biarpun jumlah penonton terhad, namun sesi itu boleh disaksikan secara langsung menerusi Sinar TV serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial di Twitter dan Facebook.

Beliau berkata, Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali akan bertindak sebagai moderator.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts