Kad Debit-i Visa Bank MBSB Kini Disokong Pada Samsung Wallet

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 13 Aug 2026 10:31:21

Samsung Malaysia dan Bank MBSB hari ini telah mengumumkan bahawa kad debit-i Visa MBSB kini boleh ditambatkan pada dompet digital Samsung Wallet bermula hari ini, 13 Ogos 2026.

Bersempena dengan pengumuman sokongan ini, Bank MBSB akan mengadakan kempen “Tap Smart. Win Big.” mereka bermula 18 Ogos 2026 sehingga 31 Ogos 2026, dimana pengguna kad debit-i Visa MBSB akan menerima kupon ZUS Coffee bernilai RM5 apabila mereka membuat pembayaran menggunakan kad debit tersebut yang telah ditambatkan ke dompet digital Samsung Wallet untuk pertama kalinya.

Mereka yang membuat pembayaran dengan nilai minima RM30 juga akan berpeluang memenangi sebuah tablet Samsung Galaxy Tab, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dompet digital Samsung Wallet merupakan cara selamat untuk pengguna peranti Samsung membuat bayaran nirsentuh dengan selamat dan mudah, dan kini, ia dilihat bahawa semakin banyak bank telahpun hadir dengan sokongan untuk dompet ini, dengan fungsi bayaran QR MAE Scan & Pay turut diperkenalkan melalui Samsung Wallet baru-baru ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts