U Mobile Umum Kerjasama Strategik Dengan OpenAI – Ingin Menjadi Syarikat Telekomunikasi Dikuasakan AI

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 10:30:49

U Mobile hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama OpenAI, sekaligus menyatakan hasrat dalam menjadi syarikat telekomunikasi yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan janaan.

Melalui kerjasama ini, U Mobile menyasarkan untuk mengintegrasikan AI rentas pelbagai perniagaan mereka, termasuk dari segi bagaimana menyantuni pelanggan, sehinggalah kepada sokongan untuk perusahaan. Langkah ini juga dijangka membolehkan memberikan pengalaman lebih pintar kepada pengguna berbanding penawaran hari ini.

Kerjasama strategik ini juga akan memberikan akses model terkini OpenAI kepada U Mobile. U Mobile turut akan menggunakan model OpenAI dalam memacu pembangunan perisian, menambah-baik analitik dan sains data, serta menyokong dalam pembangunan serta operasi rangkaian yang lebih pintar dan selamat.

Bersama ini turut dikongsikan yang mana AWS akan menyokong dari segi sokongan teknikal dan juga infrastruktur awanan, sekaligus membantu U Mobile dalam membangunkan dan menggunakan penyelesaian model OpenAI.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts