by Oh! Semput
SpaceXAI, syarikat milik Elon Musk kini telah memperkenalkan penawaran baharu dinamakan Grok Bot. Melaluinya, ia menyediakan penawaran AI berejen yang boleh melakukan sejumlah tugasan rentas aplikasi.

Penawaran ini memperluaskan lagi perkhidmatan Grok sedia ada. Sebelum ini Grok hanya sekadar untuk bertanyakan informasi dan menjana kandungan, dan dengan adanya Grok Bot ini, ia memperluaskan lagi penggunaan Grok dalam melakukan tugasan.
Hal ini juga selari dengan perlumbaan pelbagai syarikat AI untuk menawarkan AI berejen masing-masing, sekaligus memastikan pengguna kekal aktif menggunakan perkhidmatan mereka untuk jangka masa panjang.
Ia dikatakan pasukan SpaceXAI telah mula menggunakan Grok Bot dalam pasukan pemasaran, kejuruteraan, jualan, kewangan dan lain-lain.
Buat masa ini, Grok Bot ditawarkan kepada pelanggan berbayar, iaitu pelanggan pelan Grok Cursor Ultra, SuperGrok Heavy dan Cursor Premium Teams sahaja. Grok Bot disediakan untuk pengguna desktop macOS dan Windows, selain melalui aplikasi iOS.