Spotify Meletakkan Label AI Persona Untuk Artis Bukan Manusia

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 03:30:53

Spotify akhirnya akan meletakkan lencana “AI Persona” pada artis yang dikenal pasti sebagai bukan manusia bermula pertengahan September ini. Ini akan membezakan artis kecerdasan buatan (AI) generatif dengan artis manusia yang menerima label Verified by Spotify sejak bulan Mei lalu.

Spotify akan menambah lencana pada profil yang telah mengaku ia adalah AI atau yang dikenal pasti melalui semakan. Lencana akan dipaparkan di laman artis, bahagian maklumat artis, carian dan senarai main dalam Spotify. Selain itu, pendengar juga boleh melaporkan kepada Spotify artis yang disyaki adalah AI.

Profil artis yang menerima lencana AI Persona tidak akan disertakan dalam cadangan editorial atau algoritma, kecuali jika pendengar sendiri mengikuti mereka.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts