Tim Cook Dedah “Apple Dengan Berat Hati Naikkan Harga” Akibat Lonjakan Harga Memori

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 31 Jul 2026 04:00:26

Apple mengakui keputusan menaikkan harga beberapa produknya baru-baru ini bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, ketika panggilan pendapatan bagi suku ketiga (Q3 2026) syarikat itu. Menurut beliau, Apple “dengan berat hati” menaikkan harga produknya selepas berdepan situasi luar biasa dalam pasaran memori, dengan kos komponen tersebut meningkat secara mendadak.

“Ya, mengenai penetapan harga, saya boleh katakan kami menaikkan harga dengan berat hati. Kami berbuat demikian kerana kami sedang berdepan apa yang saya sifatkan sebagai “100-year flood” ke atas penetapan harga memori, dengan peningkatan eksponen dalam harga memori. Dan itulah rasionalnya,” katanya.

Mengulas sama ada langkah itu bertujuan melindungi keuntungan syarikat, Cook menjelaskan Apple tidak menetapkan harga berdasarkan satu sasaran margin tertentu. Sebaliknya, syarikat itu akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan.

“Dari segi falsafah kami tentang dolar atau peratusan, kami melihat unit, hasil dan margin, dan kemudian membuat pertimbangan perniagaan tentang cara mengendalikannya. Jadi, ia bukanlah berdasarkan satu formula matematik yang membawa kami kepada keputusan tertentu, atau hanya melihat satu dimensi daripadanya. Kami melihat ketiga-tiga dimensi dan memikirkannya dalam jangka masa panjang dan bukannya hanya untuk tempoh 90 hari.”

Selain itu, Cook turut mengakui Apple sedang berdepan kekangan bekalan yang menjejaskan pengeluaran iPhone, Mac dan iPad, dengan kesan paling ketara melibatkan Mac. Menurut beliau, keadaan itu sebahagian besarnya berpunca daripada permintaan yang jauh melebihi jangkaan, manakala kekangan rantaian bekalan dijangka menjadi lebih ketara pada suku September.

Mengenai barisan iPhone baharu yang dijangka diperkenalkan pada September ini, Cook tidak mendedahkan sama ada Apple akan menaikkan harga model iPhone 18 Pro dan iPhone boleh lipat pertamanya.

Namun, beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan kedua-dua model tersebut berpotensi menerima kenaikan harga.

{suggest}

Tim Cook Dedah “Apple Dengan Berat Hati Naikkan Harga” Akibat Lonjakan Harga Memori WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts