Seorang lelaki Australia yang bosan dengan 'berita-berita' di televisyen, radio dan akhbar yang asyik memburuk-burukkan orang Islam menjadi viral di media sosial.
Garry Brafford dari Gold Coast, berkata: "Saya tak mahu baca artikel surat khabar, saya tak mahu dengar kepada Pauline Hanson, atau mana-mana radio mengarut yang memberikan kepada saya satu pandangan buruk terhadap Muslim.
"Jadi saya terfikir, saya akan membuatnya (berjumpa sendiri orang Muslim).
Bermula dari situ, Garry memulakan ekspedisinya untuk mengenal orang Muslim di Sydney. Garry melawat banyak masjid, pusat kebajikan dan berjumpa banyak orang Muslim.
Antara penemuan yang berjaya dihasilkan oleh Garry hasil pertemuan itu adalah mendapati orang Muslim juga mempunyai isu yang sama seperti orang-orang lain.
Garry berharap tindakannya itu memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat perkara yang sama.
"Rasanya sangat penting bagi kita untuk pusing kembali dan berfikir: 'Saya perlu diajar semula.'
"Saya perlu berjumpa dan bercakap dengan orang-orang Muslim di sekeliling saya. Dan saya akan bertanya apa yang ada dalam fikiran mereka. Nak tahu kenapa? Sebab benda yang mereka fikir sama sahaja dengan benda yang kita fikir.
"Jika kamu ada anak-anak, mereka pun ada anak-anak. Mereka mempunyai isu yang sama seperti kamu semua.
Dalam masa yang sama, Garry turut mempertahankan Muslim menerusi laman Facebooknya apabila berlaku salah faham.
Dan ya, video Garry itu viral dan mendapat lebih 14,000 perkongsian sejak dimuat naik dan diringkaskan oleh One Path.
KUANTAN: Lambakan hasil durian musim ini menyebabkan harga varieti premium seperti musang king dan IOI jatuh mendadak berbanding tahun lalu sehingga mencecah paras terendah di pasaran.Tinjauan Sinar Ahad mendapati harga pelbagai jenis durian di pasaran te
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur perbuatan mereka-reka firman Allah SWT semata-mata kerana ingin menyampaikan mesej yang baik.Menurut Dr Zulkifli, umat Islam dilarang mentafsir firm
Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) dilancarkan sebagai rangka tindakan strategik negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan Malaysia menghadapi era kecerdasan buatan (AI), automasi serta ekonomi berasaskan data, sekali gus mempercepat transformasi d
Pelakon Anne Abdullah mengakui sehingga kini masih tertanya-tanya mengenai kronologi kehilangan Allahyarhamah Nadia Kesuma sebelum disahkan meninggal dunia di Jeddah pada Januari lalu.Ketika ditemui media, Anne menjelaskan dia bukan berniat mempertikaika
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendakwa dia tidak pernah menuntut nafkah ketika anak-anaknya masih kecil kerana memahami keadaan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ketika itu belum berkemampuan.Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu ber
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai penjawat awam selepas tindakannya memakai pakaian menyerupai uniform pasukan keselamatan dan bergambar di lokasi yang kelihatan seperti pejabat kerajaan tular di me
Kalau hari pertama di Jakarta kami dibawa menyelami dunia K-Wellness bersama Shin Ye Eun, hari kedua pula suasananya berubah 180 darjah.Seawal pagi lagi, kawasan LG K House di Central Park Mall sudah mula dipenuhi peminat. Ada yang sanggup datang berjam-
Parti Bersama Malaysia (PBM) membangkitkan isu larangan penternakan babi di negara ini dalam kempen pertamanya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila calonnya bagi kerusi N46 Perling, Boo Wei Han, mempersoalkan cadangan berkenaan.Berucap pada Ce
Seorang aktivis , Mr Wan Cai yang sering membantu orang awam berdepan kesulitan dalam urusan pengurusan jenazah tampil menafikan dakwaan kononnya dia sengaja membeli kes bagi meraih perhatian atau mengejar populariti.Menerusi kenyataan yang dimuat naik
Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi keadaan terkini ibunya yang mesra disapa Mak Jenny menerusi satu hantaran di TikTok.Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, meluahkan rasa sedih melihat tahap kesihatan ibunya yang kini semakin merosot.