AMK Desak Kerajaan Pahang Beri Penjelasan Dakwaan Ada Sindiket Haram Memanipulasi Masyarakat Orang Asli Semelai Tasek Bera

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 22 Sep 2026 20:00:24

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan negeri Pahang memberikan penjelasan terbuka berhubung dakwaan kewujudan sindiket haram dari luar negeri itu yang memanipulasi masyarakat Orang Asal Semelai untuk membuka tanah di Hutan Simpan Kekal Tasek Bera.

Ketua Biro Orang Asal AMK Malaysia, Leo Arrey Romani menegaskan bahawa sekiranya benar wujud penglibatan sindiket berkenaan, kerajaan negeri perlu mendedahkan identiti dalang sebenar serta tindakan yang telah diambil terhadap mereka.

“Sekiranya benar wujud sindikat yang mengeksploitasi masyarakat Orang Asal, tindakan hendaklah ditujukan kepada pihak yang mengatur dan mendapat keuntungan daripada kegiatan tersebut, bukan semata-mata kepada masyarakat yang didakwa menjadi mangsa manipulasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu berkenaan timbul berikutan tindakan penguatkuasaan berterusan oleh pihak berkuasa negeri terhadap aktiviti penerokaan Hutan Simpan Kekal Tasek Bera yang didakwa meluas sehingga memusnahkan kawasan flora dan fauna yang dilindungi.

Langkah penguatkuasaan itu bagaimanapun berdepan bantahan masyarakat Orang Asal Semelai berikutan penahanan beberapa penduduk tempatan serta dakwaan pencerobohan yang turut menyentuh kawasan kebun sara hidup dan tapak warisan tradisi mereka.

Leo Arrey dalam pada itu turut mempersoalkan kesamarataan penguatkuasaan susulan penahanan lima penduduk Semelai sebelum ini, selain menuntut perincian dakwaan pencerobohan kawasan seluas lebih 7,000 hektar supaya aktiviti komersial berskala besar tidak disamakan dengan kegiatan sara hidup penduduk tempatan.

“AMK juga mengecam tindakan pegawai penguat kuasa yang didakwa menendang periuk kemenyan di Kampung Pathir. Sekiranya benar berlaku, siasatan dalaman mesti dijalankan kerana amalan bernilai spiritual dan budaya masyarakat Semelai wajib dihormati,” ujar beliau. #UtusanMelayuPlus

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts