by Oh! Semput
Usahawan dan pelakon, Abby Abadi tampil membalas komen seorang individu yang mengungkit kembali kisah percintaannya bersama aktor, Zul Ariffin suatu ketika dahulu.
Individu berkenaan mendakwa Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 49, berpisah dengan Zul selepas ditinggalkan oleh aktor tersebut.

Bagaimanapun, Abby menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa dia sendiri yang memilih untuk mengakhiri hubungan berkenaan kerana mereka tidak serasi.
Menurut Abby, hubungan tersebut juga berakhir tanpa melibatkan hak sesiapa atau mengganggu kehidupan pihak lain.
“Tak kena tinggal lah. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. Tak ada jodoh tapi tak kacau hak sesiapa.”
Dalam pada itu, Abby turut menyentuh mengenai perceraiannya dengan bekas suami, Norman Hakim dengan mendakwa keputusan untuk berpisah juga dibuat atas permintaannya sendiri.
“Bercerai pun saya yang minta cerai okey, sekian. Tak perlu meraban berlebih-lebih sangat.”
Abby kemudian meminta individu berkenaan tidak terlalu mencampuri urusannya selain turut membangkitkan isu nafkah yang didakwanya masih tertangguh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi” – Abby Abadi Jawab Dakwaan Pernah Ditinggalkan Pelakon Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.