Jabatan Penjara Nafikan Sekerasnya Dakwaan Yasin Sulaiman, Dad*h Mudah Diperoleh Di ‘Jail’

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 21 Sep 2026 10:00:46

Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang mendakwa bekalan dadah mudah diperoleh ketika seseorang menjalani hukuman di dalam penjara.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, semua institusi penjara di negara ini mempunyai prosedur operasi standard (SOP) serta kawalan ketat bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku.

Advertisement

f

“Saya tegaskan, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Dalam penjara, kita mempunyai konteks kepenjaraan dan peraturan bagi mengatasi perkara negatif.

“Kita mempunyai SOP dan kawalan ketat di semua penjara di negara ini.”

Kenyataan itu dibuat selepas media sebelum ini melaporkan Yasin mendakwa bekalan dadah masih boleh memasuki penjara walaupun pemeriksaan keselamatan ketat dilakukan terhadap banduan baharu ketika menjadi tetamu sebuah podcast.

Terlalu ‘Terbuka’ Cerita Pengalaman Di Penjara, Netizen Minta Yasin Sulaiman Lebih Berhati-Hati – “Nanti Jadi Macam Penyampai Radio Tu..”

Bagaimanapun, Mohamad Rosidek enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Menurutnya, kawalan serta SOP di institusi penjara sentiasa dikaji dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menangani sebarang perkara negatif.

“Saya akui ada perkara negatif berlaku, tetapi tidak seperti yang dinyatakan penyanyi tersebut.

“Di penjara, kita perlu fokus dalam menangani sebarang kes dan mereka yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan.”

Sebelum ini, Yasin berkongsi pengalamannya ketika menjadi tetamu podcast selepas dibebaskan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selepas menjalani rawatan selama tiga tahun empat bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yassin
2026-09-21 14:28:44

Terlalu 'Terbuka' Cerita Pengalaman Di Penjara, Netizen Minta Yasin Sulaiman Lebih Berhati-Hati - "Nanti Jadi Macam Penyampai Radio Tu.."

Jabatan Penjara Nafikan Sekerasnya Dakwaan Yasin Sulaiman, Dad*h Mudah Diperoleh Di ‘Jail’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts