Dibuang Dalam Semak, Muka Bayi Bengkak Digigit Semut

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 25 Nov 2016 10:01:06

ALLAHU AKBAR… tidak dapat kami bayangkan kesakitan yang dialami seorang bayi perempuan ini apabila melihat wajahnya membengkak kemerahan gara-gara digigit semut ini.

Petang semalam, penduduk di Lutong, Miri, Sarawak dikejutkan dengan kisah penemuan seorang bayi di dalam semak.

1-dira-abu-zahar-suami-bercerai-jpeg
Bayi masih bertali pusat ini ditemui orang awam kira-kira jam 2 petang selepas terdengar tangisan bayi berkenaan.

Ketika ditemui, bayi itu hanya dibaluti dengan kain batin dan wajahnya membengkak dipercayai digigit semut.

Gambar penemuan bayi itu turut menjadi viral menerusi media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bayi itu kini telah dihantar di Hospital Miri untuk rawatan susulan. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts