Dibunuh, dicampak dalam kolam selepas berbuka

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 21 Jun 2017 10:01:31

Image may contain: 1 person, smiling, glasses and close-up

 

SEORANG remaja ditemui mati selepas dipukul dan dibunuh sebaik sahaja pulang dari masjid.

Sebelum itu, Nabra Hassanen, 17, telah berbuka puasa di sebuah restoran bersama rakan-rakannya.

Selepas mereka meninggalkan restoran tersebut, mereka dilaporkan telah didatangi seorang pemandu.

Remaja perempuan itu didakwa telah diserang, dan mayatnya dijumpai dalam kolam berdekatan. Kayu besbol juga ditemui di Herndon, Virginia.

“Saya yakin kejadian itu berlaku kerana cara dia berpakaian dan kerana dia seorang Muslim,” ujar ibunya, Sawsan Gazzar kepada Washington Post.

Darwin Martinez Torres, 22, telah diberkas dan disabit kesalahan bunuh. Polis tidak mendedahkan motif sebenar pembunuhan tetapi menurut mereka, ia adalah jenayah dengan niat benci.

Pertubuhan ‘All Dulles Area Muslim Society’ (Adams) telah memberitahu kepada sekumpulan remaja perempuan untuk masuk ke dalam bangunan, tetapi Nabra dilaporkan terpisah dari mereka.

Satu kutipan derma untuk membantu keluarga Nabra telah berjaya mengumpulkan lebih £100,000 (RM542,137).

Serangan itu telah dilaporkan berlaku sehari sebelum serangan pengganas di luar masjid di Finsbury Park, Utara London.

Seorang lelaki telah ditangkap selepas merempuh ramai jemaah masjid dengan sebuah van putih ketika mereka sedang membantu seorang lelaki.

 

Dibunuh, dicampak dalam kolam selepas berbuka .

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts