Adam Baru Disiasat, Jangan Menghukum – Azmin

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 16 Apr 2017 06:00:38

Adam

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, meminta semua pihak tidak mengukum Adam Rosly selagi ia belum dibuktikan bersalah.

Kata Azmin, pihak berkuasa perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebaik-baiknya bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Ditanya mengenai penahanan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azmin berkata, ia adalah proses biasa.

“Siasatan sedang dijalankan, (itu) proses biasa,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Kenderaan dan Hari Bumi di Shah Alam pagi ini.

Adam ditahan reman lima hari mulai 14 April lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memiliki kekayaan luar biasa.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts