TUNIS – Sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular satu rakaman menunjukkan aksi biadab seorang DJ tempatan memainkan irama remix disko dengan tambahan unsur suara azan.
Video yang didedahkan sejak 2 April itu merupakan sebahagian daripada peristiwa ketika Festival Orbit di bandar Nabeul, 63 kilometer dari ibu kota Tunis; sehingga mencetuskan kemarahan netizen media sosial negara itu.
Susulan insiden itu, Gabenor Nabeul, Mounaouar Ouertani mengarahkan kelab berkenaan segera ditutup sehingga pemberitahuan lebih lanjut manakala pihak polis sudah mula melakukan penyiasatan terhadap kejadian tersebut.
Dalam rakaman itu, kelihatan para pengunjung kelab dalam pesta pada Jumaat malam tersebut, menari rancak dengan iringan muzik dimainkan oleh dua DJ dari Eropah, dekat Hammamet, sebuah resort tepi laut yang popular.
Muzik yang mengiringi pengunjung itu mengandung beberapa bahagian daripada suara azan. Pengurus kelab itu ujar Maunaouar, juga telah ditahan polis atas kesalahan pelanggaran akhlak dan ketenteraman awam.
“Setelah mengesahkan fakta-faktanya, kami memutuskan untuk menutup sahaja kelab malam ini. Kami tidak akan membiarkan serangan terhadap perasaan keagamaan dan hal-hal yang disucikan dalam agama,” tegas beliau.
Pada Isnin, penganjur Festival Orbit memohon maaf menerusi halaman Facebook rasmi acara itu. Namun, mereka mengaku tidak bertanggungjawab pada aspek bahan pengisian yang dimainkan oleh DJ terbabit sepanjang acara.
Sementara itu, DJ yang mencetuskan masalah tersebut dilaporkan tidak menyedari bahawa hal berkenaan mungkin menyinggung perasaan masyarakat tempatan di sebuah negara Arab Muslim terletak di rantau Afrika Utara.
Mereka berdua dalam muat turut secara bersama menerusi akaun media sosial berbahasa Perancis itu kemudian memohon maaf secara peribadi kepada seluruh rakyat Tunisia yang pernah dijajah negara Eropah tersebut.
“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang mungkin tersinggung oleh muzik yang saya mainkan ketika Festival Orbit di Tunisia pada hari Jumaat berkenaan,”ungkap Dax J yang dipetik stesen penyiaran antarabangsa BBC.
“Saya sebenarnya tiada niat langsung untuk menyinggung atau menyebabkan sesiapa pun berasa terhina,” katanya yang berasal dari London, Britain sebelum kini menetap di Berlin, Jerman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mencuri perhatian apabila memaklumkan hasil pendapatan daripada kerja sambilan terbaharunya akan disalurkan semula kepada rakyat di kawasannya.Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq, 34, meluah
NVIDIA memperkenalkan inovasi besar dalam dunia pusat data dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair sepenuhnya untuk generasi pelayan AI Rubin.Cuma berbeza dengan sistem penyejukkan air yang lama, sistem ini sebaliknya menggunakan cecair penyejuk p
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim meraih perhatian ramai selepas membantu melangsaikan kos rawatan seorang bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Kamal, yang kini sedang berdepan penyakit barah kolon.Sudah kenal sejak 20
Firma kecerdasan buatan, Sakana AI, rasmi melancarkan produk terbaharu mereka, Sakana Fugu dan Fugu Ultra. Berbeza dengan model monolitik tradisional, siri Fugu dibina sebagai sistem perpaduan multi-ejen penuh (multi-agent orchestration) yang diakses mela
Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan melanggar seorang pegawai kanan polis yang sedang menjalankan tugas dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Padungan, Sabt
Astro hari ini mengumumkan beberapa penawaran baharu yang memfokuskan kepada pakej penstriman lebih mampu milik, selain memperkenalkan saluran baharu khas untuk peminat kandungan Korea.Pakej Disney+ dan Prime VideoBermula hari ini, pelanggan Astro bole
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diingatkan supaya bertindak lebih proaktif dalam menilai semula liputan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa perlu menunggu aduan atau isu menjadi tular di media sosial.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Am
Samsung dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada Apple untuk memulakan pengeluaran komersial modul paparan OLED boleh lipat bagi iPhone lipat pertama mereka.Menurut laporan daripada The Elec, kelulusan ini diberikan selepas Samsung berjaya melepasi
Wikipedia tidak cukup mempercayai kecerdasan buatan (AI) untuk membenarkannya memainkan peranan secara langsung dalam menyunting artikel di platformnya, kata pengasas bersama Jimmy Wales kepada AFP pada Isnin.Masalah “halusinasi” AI di mana
Zeekr Intelligent Technology Malaysia hari ini rasmi melancarkan model SUV elektrik premium urban terbaharunya, Zeekr X (2026), menerusi acara pelancaran berteraskan gaya hidup moden. Membawa slogan Boldly Yours, model penambahbaikan (facelift) ini hadi