by Oh! Semput
Disney kini telah mengaktifkan kemaskini untuk perkhidmatan penstriman Disney+ di Malaysia, sekaligus memberikan pengalaman serba baharu melaluinya.

Disney+ baharu ini hadir dengan rekaan yang lebih moden, membahagikan kandungan kepada Disney dan juga Hulu. Pengguna juga turut boleh memilih tab khusus yang membawa kepada kandungan filem, siri TV atau kandungan eksklusif di platform tersebut sahaja. Ia juga turut menyertakan kandungan sukan dan siaran langsung daripada ESPN.


Harga langganan dilihat masih dikekalkan buat masa ini, iaitu Disney+ Standard pada harga RM29.90 sebulan atau RM214.90 setahun, sementara pelan Disney+ Premium pula ditawarkan pada harga RM289.90 setahun. Pengguna sedia ada akan diminta untuk melakukan penciptaan profil baharu, dan perlu memulakan kembali sejarah tontonan baharu melalui Disney+ baharu ini.