Disney+ Perkenal ‘Verts’ – Suapan Video Menegak Seakan Tiktok

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 13 Mar 2026 04:00:21

Disney+ kini memperkenalkan ciri baharu bagi memudahkan pengguna menemui kandungan dalam aplikasinya.

Bermula minggu ini, pengguna di Amerika Syarikat akan melihat satu suapan video menegak dinamakan Verts. Seakan TikTok, ciri ini membolehkan pengguna meleret secara menegak untuk menonton klip pendek daripada pelbagai filem dan rancangan TV yang tersedia di Disney+.

Pengguna boleh mengakses suapan (feed) tersebut melalui ikon Verts pada bar navigasi aplikasi. Ketika meleret melalui klip yang dipaparkan, pengguna juga boleh terus menambah rancangan ke dalam Watchlist’ atau membuka terus filem dan siri berkenaan untuk mula menonton.

Menurut Disney+, ciri ini diperkenalkan bagi membantu pengguna mencari tontonan seterusnya dengan lebih cepat, selain memudahkan penerokaan katalog kandungan platform itu yang merangkumi lebih 100 tahun penceritaan.

 

Melangkah ke hadapan, Disney turut merancang untuk memperluaskan ciri tersebut dengan pelbagai format penceritaan dan jenis kandungan lain, termasuk pengalaman yang lebih diperibadikan kepada pengguna.

Disney+ bukanlah platform penstriman pertama yang memperkenalkan format video menegak. Sebelum ini, Netflix turut melancarkan suapan video menegak yang membolehkan pengguna menatal klip pendek daripada kandungan asalnya.

{suggest}

Disney+ Perkenal ‘Verts’ – Suapan Video Menegak Seakan Tiktok WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts