Dituduh Guna Kad Kredit Adik Neelofa, Jefri Nichol Bersuara – “Baby Belum ‘Move On’ Ke? I Tak Fikirkan U Pun”

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 12 Sep 2026 03:00:59

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol, tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan dia pernah menggunakan wang serta kad kredit bekas kekasihnya, dipercayai Ameera Khan, ketika mereka masih menjalinkan hubungan.

Jefri, 27, berkata dia sebenarnya pernah menawarkan untuk menggantikan semula wang yang digunakan, namun tawaran tersebut dikatakan tidak diterima oleh wanita berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, perkara itu berlaku ketika mereka berada di Dubai apabila dia mahu membelikan sesuatu untuk bekas kekasihnya.

ameera khan

“Baby (panggilan bekas kekasih) belum move on ke? Ketika berada di Dubai itu, saya mahu membelikan sesuatu untuk dia tetapi penggunaan kad kredit saya mempunyai had.”

Jefri menjelaskan dia menggunakan kad kredit bekas kekasihnya terlebih dahulu sebelum cuba membuat pemindahan wang sebagai ganti.

“Saya gunakan kad kredit dia dulu. Kemudian saya mahu buat pemindahan wang tetapi dia menolak. Akhirnya saya gantikan dengan membelikan gelang jenama Van Cleef.”

Dalam pada itu, Jefri menafikan dakwaan bahawa dia merupakan individu yang gemar meminta orang lain membiayai perbelanjaannya.

“Untuk pengetahuan kalian, saya tidak pernah minta apa-apa, apatah lagi minta dibayarkan. Saya bekerja keras untuk diri sendiri, keluarga dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi sesuatu kepada insan tersayang.”

Jefri berkata dia pada awalnya tidak mahu mengulas perkara tersebut, namun memilih untuk bersuara selepas dakwaan berkenaan semakin tersebar.

Sebelum ini, nama Jefri menjadi perhatian selepas tular rakaman siaran langsung Ameera yang didakwa mendakwa dirinya menggunakan kad kredit sendiri untuk melunaskan bil ketika keluar berjanji temu bersama aktor berkenaan.

Ameera dan Jefri dilaporkan mula mengenali antara satu sama lain sekitar 2023 sebelum hubungan mereka dikatakan berkembang menjadi percintaan pada awal 2024.

Bagaimanapun, hubungan tersebut dipercayai berakhir pada November 2025 selepas kedua-duanya memadamkan foto bersama dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Redza rosli
2026-09-11 11:32:17

“Kenapa Mengelak?” – Kontroversi Rumah Tangga Berantakan, Redza Rosli Sekali Lagi Enggan Temu Bual Media

Dituduh Guna Kad Kredit Adik Neelofa, Jefri Nichol Bersuara – “Baby Belum ‘Move On’ Ke? I Tak Fikirkan U Pun” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts