LG Nafi Keras TV Pintar Mereka Intip Penggunanya

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 11 Sep 2026 11:00:19

Ekoran dakwaan isu keselamatan TV pintar LG  mengintip penggunanya, LG telah respon segera dengan menafi keras tuduhan tersebut.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Tom’s Hardware, TV pintar mereka hanya memproses suara apabila pengguna menekan butang mikrofon pada alat kawalan atau mengaktifkan kata kunci “Hi LG”.

Audio yang tidak dikenali akan dipadam serta-merta dan tidak dihantar ke pelayan.

Fungsi imbasan rangkaian pula dianggap ciri biasa bagi TV pintar untuk menyambungkan peranti.

LG turut menegaskan bahawa sistem Automatic Content Recognition (ACR) adalah pilihan pengguna, dan data tidak digunakan untuk iklan tanpa persetujuan pengguna.

Sebelum ini telah dilaporkan saluran teknologi Gamers Nexus yang mendakwa lebih 216 juta unit TV pintar LG mengintip pengguna.

Dakwaan tersebut termasuk TV LG berupaya merakam audio ketika mod standby, mengimbas rangkaian Wi-Fi, mengenal pasti peranti berdekatan, dan menyimpan transkrip dalam bentuk teks biasa.

{suggest}

LG Nafi Keras TV Pintar Mereka Intip Penggunanya WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts