by Oh! Semput
Google kini memperkenalkan cara baharu untuk memudahkan pengguna Android yang mahu bertukar pengurus kata laluan atau password manager.
Dengan ciri ini, pengguna boleh memindahkan kata laluan dan passkey secara terus ke password manager baharu dengan lebih mudah. Proses ini juga tidak memerlukan pengguna memuat turun fail terlebih dahulu.
Sebelum ini, memindahkan kata laluan memerlukan pengguna mengeksportnya ke dalam fail teks yang tidak disulitkan (unencrypted), yang boleh menyebabkan data tersebut tidak dilindungi pada peranti. Passkey pula tidak boleh dipindahkan langsung, jadi pengguna perlu menciptanya semula untuk laman web dan aplikasi yang digunakan. Kini, Google memudahkan proses memindahkan kedua-duanya ke password manager baharu.
Untuk memindahkan data ke password manager baharu, ikut langkah berikut:

Buat masa ini, ciri berkenaan sudah tersedia pada Google Password Manager, 1Password, Bitwarden Password Manager dan Dashlane. Google berkata lebih banyak password manager akan menyokong ciri ini pada masa akan datang.
{suggest}
Google Kini Mudahkan Pindah Kata Laluan, Passkey Ke Password Manager Baharu – Ini Caranya WISER.MY.