by Oh! Semput
Menerusi iOS 27, ciri iPhone Handoff akan diberikan dengan ia membolehkan dua iPhone berkongsi satu eSIM yang sama, Dengan perkhidmatan selular, panggilan telefon dan rangkaian internet boleh digunakan pada dua telefon serentak. Ini amat berguna bagi mereka yang tidak mahu melanggan kepada dua pelan selular.

Pasca pelancaran iPhone 18 Pro dan Duo semalam, Apple memuat naik laman maklumat mengenai iPhone Handoff dan nampaknya ia masih memerlukan langganan bulanan dengan syarikat telekomunikasi yang menawarkan eSIM. Ciri ini juga hanya disokong oleh T-Mobile di Amerika Syarikat dan Telekom di Jerman sahaja pada waktu ini.
T-Mobile mengenakan langganan tambahan $5 sebulan untuk menggunakan Handoff. Di Malaysia masih tiada maklumat syarikat telekomunikasi yang akan menyokongnya serta bayaran yang akan dikenakan. Dari sudut perniagaan ia merugikan syarikat telko kerana mereka hilang langganan.