Dituduh Sunting Foto Sampai Lari ‘Allignment’ Buah Dada, Lana Nodin Bidas Netizen – “Zoom Bagi Nampak Semua..”

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 05 Feb 2026 06:32:42

Pelakon Lana Nodin tampil memberi penjelasan selepas menerima kritikan netizen berhubung penampilannya yang didakwa terlalu seksi dalam satu perkongsian foto di media sosial.

Isu itu timbul apabila segelintir warganet menuduh gambar berkenaan telah disunting sehingga menampakkan bahagian dada kelihatan lebih besar, sekali gus mencetuskan pelbagai komen serta spekulasi.

Advertisement

Susulan kecaman tersebut, Lana meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pengguna media sosial yang terlalu teliti hingga setiap suntingan kecil turut dipersoalkan.

Menurutnya, suntingan pencahayaan dan kesan visual adalah perkara biasa, malah dia tidak menafikan ada melakukan edit pada foto berkenaan.

“Dah malas nak explain.. Banyak sangat Detector skrg ni…kalau cam ni nak edit lighting pun dah takut… Selama ni memang aku edit pun.. Mane ade besar… semua tu effect, edit dan sponge je…Sedehhh… Go AI….zoom dan teliti puas2 dik, zoom bagi nampak semua… Make sure tak de apa yg tertinggal lagi.. Good job Detective”

Perkongsian tersebut dipercayai dibuat sebagai respon sinis terhadap tuduhan netizen yang menganalisis gambar berkenaan secara terperinci.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi ada yang terus mengkritik, namun tidak kurang juga yang mempertahankan hak selebriti untuk menyunting foto sendiri serta menegur budaya ‘zoom dan siasat’ yang semakin melampau di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hael Husaini
2026-02-05 13:12:39

"Saya Hormat Soalan Anda Tetapi.." - Hael Husaini Buka Mulut Isu Sudah Bernikah Dengan Dayang Nurfaizah

Dituduh Sunting Foto Sampai Lari ‘Allignment’ Buah Dada, Lana Nodin Bidas Netizen – “Zoom Bagi Nampak Semua..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts