Vivo Buds Clip Diumumkan Dengan Rekaan Subang Dan Bateri 42 Jam

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 21 Sep 2026 17:00:34

Vivo turut memasuki segmen aksesori audio berbentuk subang melalui Buds Clip baharu. Aksesori audio ini hadir dengan gabungan fungsi moden untuk gaya kontemporari dan penggunaan berpanjangan. Ia juga hadir dalam dua versi iaitu versi standard dan versi pengecasan nirwayar.

Setiap unit fon telinga ini hanya seberat 5.2 gram, dengan pod pengecas yang direka bersaiz kompak. Ia dipadankan dengan pemacu audio magnetik 12mm yang mempunyai julat frekuensi hingga 40kHz. Fon telinga ini juga menyokong format LDAC, AAC, SBC dan LC3 serta kesan bunyi DeepX. Selain itu, ia turut menggunakan cip BES2710IHC dan teknologi pembatalan bunyi panggilan berasaskan mikrofon berkembar serta mikrofon pengaliran tulang VPU dengan sokongan AI.

Vivo Buds Clip menyokong Bluetooth 5.4 untuk tambatan pantas dengan julat sambungan sehingga 10 meter. Setiap fon telinga boleh bertahan sehingga 10 jam sekali pengecasan manakala pod pengecas bantu meningkatkan hayat bateri sehingga 42 jam. Pengecasan penuh pula mengambil masa sekitar 2.5 jam melalui port USB-C. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP55.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts