Minta Bantuan Tapi ‘Kantoi’ Ada Tiga Tangan, Waspada Hantaran Guna Gambar Dijana AI

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 20 Sep 2026 06:30:49

Orang ramai diminta berwaspada terhadap satu hantaran di media sosial yang mendakwa sedang membantu seorang wanita bersama anaknya selepas mereka dikatakan terpaksa meninggalkan rumah susulan konflik rumah tangga.

Peringatan itu dibuat oleh seorang pengguna Threads,  yang mendakwa terdapat beberapa perkara mencurigakan pada hantaran berkenaan termasuk penggunaan imej yang dipercayai dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Advertisement

ai

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, hantaran asal daripada pengguna Threads @zabedahbintismail memaparkan seorang wanita bertudung sedang mendukung seorang kanak-kanak yang kelihatan menangis.

Hantaran berkenaan turut menggunakan tajuk “titik terendah seorang isteri” selain mendakwa individu terbabit membantu menghantar dua beranak tersebut ke pekan Sungkai, Perak.

Menurut hantaran itu, individu terbabit mendakwa dia tidak mampu memberikan wang kepada dua beranak berkenaan kerana mempunyai komitmen kewangan sendiri.

k

“Mohon saling sama-sama bantu dua beranak ni dengan segera, saya bimbang keselamatan mereka,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendakwa kos perjalanan mencecah RM35 kerana lokasi terbabit berada di kawasan perkampungan dan memerlukan perjalanan menggunakan beberapa bas termasuk melalui Bidor, Teluk Intan dan Manjung.

Bagaimanapun, @high_sands tampil mempersoalkan kesahihan hantaran tersebut dan mendakwa ia mempunyai ciri-ciri cubaan penipuan termasuk penggunaan gambar yang dipercayai dijana AI.

“Scammer buat hal lagi. Sesiapa nampak hantaran minta bantuan untuk seorang ibu konon lari dari rumah sebab suami curang, tolong abaikan, tak payah nak derma.”

“Nampak sangat membongak (menipu) guna gambar AI. Perasan tak gambar mak menangis ada tiga tangan?” katanya.

Pengguna berkenaan turut mendakwa antara perkara yang mencurigakan ialah penggunaan kisah menyedihkan untuk meraih simpati, permintaan sumbangan melalui kod QR serta ruangan komen yang ditutup.

Setakat maklumat yang dikongsikan, dakwaan bahawa hantaran tersebut merupakan penipuan masih berdasarkan pemerhatian pengguna media sosial dan tiada pengesahan pihak berkuasa dinyatakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

EL AZMAN
2026-09-15 11:39:31

"Jangan Sakit Hati..." - El Azman Mengaku Sengaja Tayang Kemewahan Dan Harta Benda Di Media Sosial

Minta Bantuan Tapi ‘Kantoi’ Ada Tiga Tangan, Waspada Hantaran Guna Gambar Dijana AI first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts