Najib Kekal Di Penjara Kajang Hingga Denda RM50 Juta Dibayar – Peguam

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 20 Sep 2026 06:30:49

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyaratnya dibayar kepada mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan Tetuan Shafee & Co yang mewakili Najib menerusi kenyataan pada Ahad. Menurut firma guaman berkenaan, perpindahan Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah hanya boleh dilaksanakan selepas syarat ditetapkan dipenuhi.

Advertisement

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat lain yang ditetapkan.

Menurut pasukan peguam, Najib dan mereka kini sedang meneliti syarat pengampunan berkenaan serta implikasi praktikalnya.

Dalam masa sama, firma guaman itu menjelaskan sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Najib masih tertakluk kepada perintah pembekuan serta tindakan penguatkuasaan kerajaan.

najib

Keadaan tersebut menyebabkan pelupusan aset terbabit tidak berada sepenuhnya dalam kawalan Najib, sekali gus memberi kesan terhadap keupayaannya memenuhi syarat pembayaran denda berkenaan.

Najib kini dilaporkan sedang mendapatkan nasihat dan mempertimbangkan pilihan yang tersedia bagi menentukan kaedah untuk memenuhi syarat tersebut.

Dalam kenyataan sama, Najib turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Ibrahim atas perkenan pengampunan bersyarat berkenaan serta kepada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan kerana mempertimbangkan permohonannya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan dan ahli UMNO dan Barisan Nasional yang memberikan sokongan kepadanya.

Najib juga menghargai rakyat Malaysia yang menawarkan bantuan bagi memenuhi syarat ditetapkan, namun menurut pasukan peguam, beliau tidak mahu mana-mana pihak berasa terbeban atau mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian.

Pasukan peguam turut memaklumkan mereka tidak akan memberikan ulasan lanjut buat masa ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-19 18:42:22

Anthony Loke ak Jawatan Menteri Pengangkutan

Najib Kekal Di Penjara Kajang Hingga Denda RM50 Juta Dibayar – Peguam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts