10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 'Best', Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

by Oh! Semput


81
SHARES
1058
VIEWS
Posted on 15 Sep 2024 10:01:16

Menghampiri hujung tahun, apa kata kita selongkar 10 drama Melayu yang menjadi kegemaran penonton setia TV3? Ada antaranya masih menunggu giliran untuk ditayangkan, namun apa yang penting, anda juga boleh menikmati semua judul ini menerusi platform digital.

Kredit foto: Instagram Niezam Zaidi

Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat senarai pilihan, lengkap dengan sinopsis ringkas untuk setiap satu.

Hai Cinta, Dengarkanlah (Slot Akasia TV3)

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Sinopsis

'Hai Cinta, Dengarkanlah' membawakan kisah tentang Cahaya yang rapat dengan Hakimi selepas kematian suaminya. Ketika Cahaya membuka hatinya untuk cinta baru, dia berdepan dilema antara memilih Hakimi atau Adib, yang disukai oleh anaknya, Fifi.

*Akan datang 17 September 2024

Platform Online: iQIYI

Pinjaman Syurga (Slot Akasia TV3)

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Sinopsis

'Pinjaman Syurga' mengisahkan Natasha dan Taufik, pasangan suami isteri yang sibuk dengan kerjaya sehingga terlepas pandang bahawa anak mereka, Haikal menghidap autisme. Krisis rumah tangga mula timbul, namun dengan sokongan bapa dan bekas adik iparnya, Natasha menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Di sana, Natasha bertemu semula dengan Zainal, rakan lama yang juga pengasas pusat tersebut.

Platform Online: Tonton

Mentua (Slot Lestary TV3)

Kredit foto: Instagram @aafiyah_inna

Sinopsis

'Mentua' membawa konflik antara Emilia dan mentuanya, Azizah, yang tidak merestui perkahwinannya dengan Amir. Azizah berasa tergugat dan berusaha menghancurkan kebahagiaan mereka dengan rancangan licik, termasuk mendesak Emilia menjalani ujian kesuburan. Emilia semakin tertekan apabila kemampuan memberikan zuriat dipersoalkan kerana faktor usia, yang menjadi alasan Azizah untuk terus mengganggunya.

Platform Online: Tonton

Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

Sinopsis

Siri romantik komedi ini menceritakan Ustaz Jazlan, penceramah agama yang baru pulang dari Yaman, yang dipaksa ibunya untuk berkahwin dengan Kasih, seorang wanita moden dengan gaya hidup bebas. Pada mulanya, Jazlan enggan kerana mahu menyambung pelajaran, namun dia tidak mahu mengecewakan hati ibunya. Di Madinah, sebagai mutawif, Jazlan dan Kasih akhirnya mula merasakan kehangatan cinta yang tak diduga.

Platform Online: Tonton

Pengantin Pasti Jadi (Slot Lestary TV3)

Kredit foto: Instagram Asha Merican

Sinopsis

Pertemuan tak dirancang dalam percutian menyatukan Raid Amzan dan Nureen, yang sama-sama ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan. Dari pertengkaran, mereka saling memahami dan mendekati. Namun, sebaik pulang ke Kuala Lumpur, keakraban mereka diuji apabila ibu mereka yang dominan tidak merestui hubungan itu.

Platform Online: Tonton

Polis Peronda

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Sinopsis

'Polis Peronda' mengisahkan cabaran anggota peronda IPD Gombak dalam menjaga keamanan dan menangani pelbagai isu jenayah serta kerenah orang awam. Selain mengupas tugas penyiasatan, kisah ini turut memaparkan konflik peribadi yang dialami oleh para pegawai polis yang bergelut dengan masalah keluarga. Walaupun mereka beruniform, mereka juga manusia biasa yang berhadapan dengan cabaran hidup seharian.

Platform Online: Tonton

Dua Darjat (Slot Akasia TV3)

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

Sinopsis

'Dua Darjat' membawa penonton menyelami kisah Ariana, seorang gadis ceria yang jatuh hati pada rakan sekelasnya, Hanif, meskipun mereka berbeza darjat. Ariana menggunakan jawatan pengawas untuk mendekati Hanif, yang pada mulanya menolak, namun mereka akhirnya jatuh cinta selepas Hanif menyelamatkannya daripada ahli kongsi gelap. Malangnya, hubungan mereka tidak direstui oleh ibu tiri Ariana yang memberi amaran kepada ibu Hanif.

Platform Online: Tonton

Dulu Dollah Daebak (Slot Akasia TV3)

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Drama ala K-drama ini mengisahkan tentang Dollah, kini dikenali sebagai Affan, yang dulunya menjadi pujaan ramai pelajar perempuan kerana ketampanan dan kepintarannya. Selepas tujuh tahun di Australia, Dolli pulang ke Malaysia untuk mencari Dollah, kawan akrabnya sewaktu kecil. Namun, Dolli terkejut apabila mendapati Dollah telah berubah menjadi seorang yang tidak terurus dan hodoh sehingga sukar untuk dikenali lagi.

Platform Online: Tonton

Lara Kasih (Slot Samarinda TV3)

Kredit foto: Instagram Tanah Beris Film Production , Instagram Chacha Maembong

Sinopsis

'Lara Kasih' berkisarkan Adah yang berkahwin dengan Khairil, seorang penoreh getah yang sering dihina oleh ibu Adah kerana tidak berpangkat tinggi seperti menantu-menantunya yang lain. Namun, hanya Adah dan Khairil yang sanggup menjaga ibunya ketika anak-anak lain lepas tangan. Adah dalam dilema antara cintakan suaminya dan kesetiaan pada ibunya, bimbang jika Khairil hilang kesabaran suatu hari nanti.

*Akan datang

Gadisku (Slot Cerekarama TV3)

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Kisah ini bermula dengan Luqman yang kecewa akibat putus cinta, memecut motornya hingga kehabisan minyak di sebuah masjid pada jam tiga pagi. Dia dipelawa bermalam di situ oleh Ustaz Firdaus. Luqman terpesona dengan suara merdu perempuan mengaji, membuatnya nekad mencari pemilik suara yang memikat hatinya itu.

*Sebuah drama dalam format telefilem.

Platform Online: Tonton

*Jadual tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang

Slot Lestary TV3 - setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts