by Oh! Semput
Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa kecewa terhadap jalan cerita drama Melayu yang disifatkannya masih berkisar pada tema sama meskipun industri telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, Reen berkata dia semakin bosan melihat drama Melayu yang sering mengulang plot berkaitan konflik rumah tangga seperti isu penyondol, wanita dipandang rendah serta lelaki yang digambarkan tidak bertanggungjawab.

Menurut pelakon itu, situasi tersebut seolah-olah menunjukkan skrip drama tempatan tidak banyak berubah dalam tempoh kira-kira lima tahun kebelakangan ini.
Pelakon filem Sue On itu mengakui bahawa membawakan watak antagonis atau jahat sememangnya menyeronokkan bagi seseorang pelakon.

Tambahnya, gambaran wanita dalam drama sedemikian juga dilihat tidak lagi relevan dengan realiti masyarakat masa kini yang menurutnya lebih berpengetahuan dan mempunyai nilai tersendiri.
Dalam masa sama, Reen menegaskan kenyataannya bukan bertujuan untuk memarahi mana-mana pihak, sebaliknya sekadar meluahkan kerinduan terhadap karya yang membawa mesej dan nilai yang lebih bermakna kepada penonton.

Artikel lain: Reen Rahim geram ibu bapa pilih bulu -“Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak..”
Terdahulu, aktres itu meluahkan rasa geram terhadap ibu bapa yang bersifat pilih bulu dengan membeza-bezakan anak sendiri sehingga menyebabkan ada diantara mereka berkecil hati.
Menurutnya, ibu bapa tidak seharusnya kedekut mendoakan anak-anak mereka dan harus ikhlas menghargai tanpa mengabaikan sesiapa pun.
Sekadar info, Reen Rahim mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 24 Disember 2022.