Eksploitasi ‘Coruna’, Apple Keluarkan Kemas Kini iOS Untuk iPhone Lama

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 12 Mar 2026 04:00:21

Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 16.7.15, iPadOS 16.7.15, iOS 15.8.7 dan iPadOS 15.8.7 untuk iPhone dan iPad lama yang tidak dapat menjalankan versi iOS dan iPadOS yang lebih baharu.

Melalui halaman Security Release, Apple mengesahkan bahawa kemas ini membetulkan kerentanan pada kernel dan WebKit yang berkaitan dengan eksploitasi Coruna, yang didedahkan minggu lalu oleh Google dan iVerify.

Beberapa hari lalu, Google dan iVerify menerbitkan maklumat mengenai Coruna, iaitu eksploitasi yang menggabungkan beberapa kerentanan bagi menyasarkan iPhone yang menjalankan versi iOS lama.

Seperti dilaporkan 9to5Mac, Coruna menggunakan lima rangkaian eksploitasi penuh iOS dan 23 kelemahan keselamatan untuk menjejaskan iPhone yang belum dikemas kini dan menjalankan iOS 13 hingga iOS 17.2.1.

Secara ringkasnya, kit eksploitasi Coruna berfungsi dengan menggabungkan pelbagai kelemahan sistem untuk menembusi lapisan keselamatan iPhone secara progresif.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk segera mengemas kini iPhone dan iPad mereka kepada versi terbaru bagi memastikan peranti kekal selamat.

{suggest}

 

Eksploitasi ‘Coruna’, Apple Keluarkan Kemas Kini iOS Untuk iPhone Lama WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts