Elfira Roy suruh diam, tapi nak bimbingan kepada Uqasha

by Oh! Semput


9
SHARES
117
VIEWS
Posted on 06 Sep 2016 04:00:11

Pada: Selasa, 6 September 2016
Berita Artis, Elfira Loy, Pelakon, Tudung, Uqasha,
Pelakon Elfira Roy tampil mempertahankan rakan artis, Uqasha Senrose yang nampaknya masih lagi menerima kecaman netizen lantaran keputusannya tidak lagi mengenakan tudung baru-baru ini.

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam.

“Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

“Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini," ujarnya yang mengharapkan masyarakat memberikan bimbingan dan bukan kecaman sahaja.

Tag : Berita Artis , Elfira Loy , Pelakon , Tudung , Uqasha

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts