Empat Lelaki Bersenjata 'Pump Gun' Samun Kedai Emas Di Taman Pandan Perdana Kuantan, Larikan Barang Kemas Bernilai RM500,000

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 22 Aug 2026 06:30:38


KUANTAN: Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang dan suspek melarikan pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.

Menurutnya, semua suspek memakai topeng muka ketika melakukan samun.

“Mereka turut membawa sebilah parang dan objek disyaki ‘pump gun’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, suspek melarikan diri dengan menaiki dua motosikal sejurus melakukan samun.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilancarkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dengan senjata,” katanya.

Terdahulu, tular video kejadian yang menunjukkan empat suspek memakai jaket berwarna gelap dan bertopi keledar, termasuk seorang memegang parang di hadapan kedai emas sebelum mereka melarikan diri dengan motosikal. #BuletinTV3

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts