Empat Sekeluarga Yang Maut Dalam Nahas Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sempat Merakam Swafoto Di Sebuah Restoran Sebelum Kejadian

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 16 Jun 2026 16:31:57

TEMERLOH: Empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sempat merakam swafoto bersama sebelum masing-masing terbabit kemalangan ngeri itu.

Malah, foto yang merakam detik akhir mereka turut dikongsi Allahyarham A Halim Hasoon, 55, untuk tatapan keluarga.

Selain A Halim yang memandu kenderaan yang dihempap treler itu, turut terkorban isterinya, Rozita Buang, 58; anak mereka, Norbahyah, 25; dan cucu, Nayla Afya Aizat Faizal, setahun.

Kakak ipar A Halim, Mazura Bakar, 50, berkata foto menampilkan mereka menjamu selera di sebuah restoran itu dikongsi kira-kira jam 2 petang.

Katanya, mereka bertolak dari Mempaga, Bentong ke Kuala Lumpur pagi kelmarin.

Ketika di ibu negara, Norbahyah menghubungi adik bongsunya, Muhammad Badrul Sabi, 20, yang bekerja di Bentong untuk makan tengah hari bersama di Kuala Lumpur.

"Muhammad Badrul Sabi kemudian bermotosikal ke ibu negara untuk makan tengah hari bersama keluarga dan berada dalam gambar diambil bapanya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang kelmarin, empat sekeluarga terbunuh selepas kereta naiki dihempap treler di Bukit Tinggi.

Treler dipandu lelaki berusia 40 tahun itu dilaporkan terbabas dan terbalik lalu menghempap kereta mangsa.

Semua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mazura berkata, gambar dikongsi itu bagaikan pesanan terakhir mereka berempat untuk keluarga.

Katanya, Rozita turut menampakkan perubahan sikap apabila kerap memuat naik status di media sosial mengenai kematian kebelakangan ini.

"Sejak sebulan lalu, Rozita kerap memuat naik status dan ungkapan mengenai kematian tetapi saya tidak memikirkan apa-apa selama ini.

"Cuma ketika dimaklumkan mengenai nahas itu, saya terus teringat status kerap dimuat naik olehnya," katanya.

Jenazah mangsa dituntut waris dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mempaga Satu, Bentong. #beritaharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts