Empat Lagi Syarikat Tempatan Menerima Token Akses Teknologi Arm

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 14 Jul 2026 10:33:53

Seperti yang sedia maklum kerajaan Malaysia telah memeterai perjanjian dengan syarikat pencipta teknologi cip semikonduktor Arm untuk berkongsi pengetahuan dan memperlesenkan teknologi-teknologi mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada negara pengeluar cip semikonduktor terkemuka.

Beberapa bulan lalu, tiga buah syarikat semikonduktor tempatan telah menerima token akses teknologi oleh Arm untuk memperkasakan dan memperkukuhkan keupayaan negara dalam industri merekacipta dan membangunkan teknologi litar bersepadu tempatan.

Terkini, empat lagi syarikat tempatan dilaporkan telah menerima enam lagi token akses teknologi Arm, termasuklah tiga token Arm Compute Subsystems dan tiga token Arm Flexible Access untuk membolehkan syarikat-syarikat ini membina teknologi dan memperkukuhkan pemilikan hak-milik intelek mereka sendiri.

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi berkata “Melalui usaha menyediakan akses kepada platform hak milik intelek dan pengkomputeran yang terbukti, inisiatif ini akan membantu syarikat Malaysia memendekkan tempoh pembangunan, mengurangkan risiko penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta bergerak lebih pantas ke arah merealisasikan produk semikonduktor komersial,” di acara Simposium E&E The Edge-HSBC 2026 baru-baru ini.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak syarikat-syarikat teknologi untuk memanfaatkan kerjasama Malaysia-Arm ini untuk mempercepatkan proses pembangunan produk supaya ia juga lebih cepat dan mudah untuk dikomersilkan secara umum.

Pemilikan teknologi serba-baru merupakan satu cara bagaimana syarikat-syarikat Malaysia khususnya boleh berkembang dengan pesat, dan tidak terlalu bergantung kepada beberapa industri yang sudah ditubuhkan sahaja.

: The Star

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts