EU Pertimbangkan Had Penggunaan Media Sosial Kanak‑Kanak Bawah 13 Tahun

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 14 Jul 2026 10:33:55

Kesatuan Eropah (EU) melalui Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan rancangan untuk mengehadkan akses kanak‑kanak kecil kepada media sosial di seluruh EU. Langkah ini bertujuan melindungi mereka daripada bahaya dalam talian melalui sistem kawalan umur berperingkat.

Cadangan daripada dua pakar mencadangkan pendekatan berperingkat iaitu kanak‑kanak bawah 13 tahun hanya dibenarkan menggunakan media sosial untuk tempoh singkat di bawah pengawasan ibu bapa, penjaga atau guru. Sekatan itu kemudiannya akan dilonggarkan sedikit demi sedikit apabila mereka meningkat usia.

Von der Leyen menegaskan bahawa isu utama bukan lagi sama ada kanak‑kanak berisiko di internet, tetapi langkah yang boleh diambil untuk memberi mereka permulaan yang lebih selamat dalam talian. Beliau dijangka membentangkan cadangan rasmi selepas musim panas, sementara pengumuman penuh akan dibuat pada bulan September.

Kanak Kanak

Selain EU, beberapa negara lain seperti Australia, Britain, China, India dan Amerika Syarikat sudah pun mengenakan atau sedang mempertimbangkan sekatan media sosial untuk golongan muda, yang biasanya menyasarkan platform besar seperti TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts