by Oh! Semput
Selepas empat tahun menghilang dari media sosial, pelakon Azar Azmi menjadi perhatian apabila berkongsi berita sebak menerusi Instagram (IG) miliknya.
Menerusi hantaran itu, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi berkongsi mengenai berita kemalangan maut melibatkan individu yang digelarnya sebagai ‘Abah’ di Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur, Karak, pada Selasa.

Menurutnya, pemergian ‘Abah’ bukan berpunca daripada ‘micro sleep’ ataupun pemanduan yang melebihi had laju tetapi disebabkan oleh daripada masalah sekatan jantung peringkat ketiga (third-degree heart ).
Malah dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang membantu memudahkan segala urusan individu tersebut.
Pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu juga meminta orang ramai dapat mendoakan agar roh Mohd Sapri Aziz dicucuri rahmat dan tenang di alam yang baharu.
Azar turut menyifatkan bahawa tiada lagi sosok seorang bapa yang penyayang disisinya selepas ini.


Artikel lain: Dah enam bulan tak ‘update’ IG, ramai tertanya mana Azar Azmi menghilang?
Bagaimanapun, hantaran itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengenai individu yang digelar ‘Abah’ oleh Azar dan cuba mencari tahu hubungan diantara mereka berdua.
Untuk rekod, Azar merupakan yatim piatu selepas kehilangan ibunya Arbaayah Othman pada 2015 sementara bapanya, Azmi Mohd Yusof pada 2017.
: Instagram azarazmi