Empat termasuk dua rakyat Malaysia ditahan di Songkhla

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 08 Jul 2017 18:00:58

HATYAI: Polis Wilayah Songkhla menahan empat individu termasuk dua lelaki rakyat Malaysia di sebuah kondominium di bandar ini, hari ini dan merampas pelbagai peralatan rokok elektronik daripada mereka.

Tiga lelaki dan seorang wanita itu dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan rokok elektronik dan menjualnya di laman Facebook.

"Penangkapan empat individu itu adalah hasil operasi risikan sejak beberapa minggu lepas," kata Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkhla Kol Sakda Charengkul di sini, hari ini.

Kedua-dua lelaki Malaysia itu berusia 21 dan 26 tahun manakala seorang lelaki dan seorang wanita tempatan itu berusia 20 dan 24 tahun.

Sakda berkata keempat-empat individu itu mengaku mereka menyeludup masuk peralatan rokok elektronik itu dari luar negara dan bertindak menjualnya di dalam negara menerusi laman sosial Facebook.

-- BERNAMA

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts